Esukan – Keselamatan Akaun & Data Pemain E-Sukan
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2026, telah berlangsung webinar e-Sukan bertajuk “Keselamatan Akaun & Data Pemain e-Sukan” yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi akaun dan data peribadi dalam dunia permainan digital. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko keselamatan siber yang sering dihadapi oleh pemain e-sukan seperti kecurian akaun, penipuan dalam talian, serangan phishing dan kebocoran maklumat peribadi. Peserta turut diberikan panduan tentang amalan keselamatan yang baik, termasuk penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan pengesahan dua faktor, serta langkah-langkh mengenal pasti dan mengelak dari ancaman siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: